Raja Muda Perlis Saran Karya Seni Dipamer Lokasi Umum Sebagai Tarikan Pelancongan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini elemen karya seni; sastera dan seni visual tidak hanya dipamerkan di dalam galeri tetapi juga boleh dipamerkan dalam bentuk ‘billboard’ atau ‘monument’ seni di tempat-tempat strategik awam dan juga di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negeri Perlis.

Baginda bertitah, bersesuaian pula negeri ini akan merayakan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 April nanti, karya-karya seni yang indah ini akan memberi lebih bermakna dan dapat menambah serikan lagi suasana di negeri Perlis pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Baginda bertitah, bersesuaian pula negeri ini akan merayakan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 April nanti, karya-karya seni yang indah ini akan memberi lebih bermakna dan dapat menambah serikan lagi suasana di negeri Perlis pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

“Pelancong bukan sahaja dapat menikmati panorama Perlis yang indah tetapi juga dapat menikmati hasil seni kreatif yang dibawa secara dekat kepada mereka. Secara tidak langsung orang-orang seni dapat memupuk nilai apresiasi terhadap keunikan karya seni dan seterusnya dapat mendidik khalayak untuk mencintai akan keindahan”.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Manifestasi 2 Seni : Karya Agung Sastera 2024 Peringkat Negeri Perlis di Galeri Seni Lukis Negeri Perlis, Simpang Empat, Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi sama oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pengarah, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Amerrudin Ahmad dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi Pelancongan, Seni dan Budaya, Abu Bakar Hamzah.

Turut hadir sama adalah Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Balai Seni Negara dengan kerjasama Galeri Seni Lukis Negeri Perlis, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar.

Pameran ini bertujuan untuk memartabatkan karya agung dengan satu penghayatan terhadap karya seni visual dengan gabungan teks sastera dan seni kreatif lainnya dalam usaha menghayati karya-karya seni visual hasil pemahaman pelukis terhadap karya-karya sastera tempatan.

Tuanku Raja Muda turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan mengadakan lawatan ke Pameran Manifestasi 2 Seni yang memaparkan karya-karya lukisan oleh 30 orang pelukis dari Negeri Perlis.

Baginda menzahirkan rasa penuh yakin Manifestasi Dua Seni ini dilihat sebagai sebuah wadah yang mampu mengangkat karya sastera agung dan karya seni visual ke tahap yang lebih tinggi dan berharap agar pendekatan ini bukan sahaja meraikan bakat tempatan seperti penulis, penyair dan pelukis malah turut berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan generasi serta pelbagai latar belakang budaya, demi memperkukuh warisan seni budaya negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content