Kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid-masjid seluruh Perlis dibenarkan, berkuat kuasa mulai waktu Subuh, 8 Januari 2022 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, kebenaraan berkenaan setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa COVID-19, selain peratusan tinggi vaksinasi dan peningkatan dos penggalak di Perlis ketika ini.
Jemaah yang hadir diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing dengan tidak berlakunya sentuhan fizikal.
Walaubagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah adalah diwajibkan merapatkan saf dengan sentuhan fizikal.
Selain itu, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
Pematuhan tersebut akan dilaksanakan di semua masjid seluruh Perlis namun tertakluk kepada SOP, manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka, dimana larangan ini termasuk kepada Agensi, Institusi, Parti, Maahad Tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Tarikh kemaskini: 4/11/2025