KANGAR, 9 Nov – Zakat bukan sekadar kewajipan agama, sebaliknya instrumen penting dalam membantu golongan memerlukan, mengurangkan jurang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Ketahui lebih lanjut
Kemajuan Filem Malaysia
Ikuti Isu Politik
Info Kerajaan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan dan pengagihan zakat yang cekap, sistematik serta teratur mampu meringankan beban golongan asnaf, meningkatkan taraf kehidupan dan membuka peluang kepada mereka membina masa depan lebih baik.
Baginda bertitah demikian sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bersama Ketua Jabatan Negeri Perlis di Kolam Renang, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini.
recommended by
Kinzeno
Surgeons Are Shocked By This 1 Simple Joint Pain Remedy
Doctor: the mineral “secret” for joint pain
Learn more
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen TNB yang memperuntukkan RM36.58 juta zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2025 untuk diagihkan di seluruh Semenanjung Malaysia. BeritaMalaysia
Related Articles
Dzulkefly: Politik kebencian, ekstremisme kaum dan agama boleh hancurkan negara
10 November 2026
PRN Melaka, PRU16 dan Perebutan Kuasa UMNO: Zahid Berdepan Krisis Penerimaan, Bayangan Tok Mat, Johari Ghani dan Khairy
10 November 2026
Baginda berharap usaha berkenaan menjadi contoh kepada lebih banyak organisasi korporat untuk terus menunaikan tanggungjawab zakat secara konsisten, sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi ummah, termasuk di Perlis.
Komitmen syarikat korporat dalam menunaikan zakat juga dilihat sebagai pelengkap kepada usaha institusi agama dalam memperkukuh jaringan bantuan sosial dan memperkasakan golongan asnaf.
Keberangkatan pasangan diraja itu disambut Ketua Pegawai Perolehan TNB, Ir. Amir Mahmod Abdullah; Ketua (Operasi), Rangkaian Pembahagian TNB, Ir. Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof; serta Ketua Retail dan Pihak Berkepentingan TNB Negeri Perlis, Abd Manan Abd Rahman.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk Aerowater Dance, sukaneka air dan polo air.
Penganjuran program berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara TNB, agensi kerajaan negeri dan institusi agama dalam memperkukuh kerjasama bagi manfaat masyarakat.
– SUARA MERDEKA