Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat ke Himalaya Camping Resort, Gopeng

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat ke Himalaya Camping Resort, Gopeng

Oleh: Sholina Osman
10 DIS. 2025

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Himalaya Camping Resort, Gopeng, Perak selama dua hari satu malam.

Keberangkatan baginda berdua bersama-sama dengan delegasi daripada TTG KL disambut mesra oleh Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Datuk Qobin (DQ), yang juga merupakan pemilik dan pengasas resort berkenaan.

Resort tersebut diilhamkan daripada pengalaman dan pengembaraan beliau ke seluruh dunia, dengan matlamat untuk mewujudkan tempat percutian yang mendekatkan orang ramai dengan alam semula jadi. Resort ini diuruskan di bawah syarikat Aquatwo Sdn. Bhd..

Himalaya Camp Gopeng merupakan destinasi percutian alam semula jadi terkemuka di Perak, menawarkan pengalaman glamping mewah yang digabungkan dengan pelbagai aktiviti luar berasaskan alam.

SUNGAI YANG JERNIH

Terletak di tengah kehijauan Gopeng dengan aliran sungai yang jernih, 0resort ini menyediakan suasana yang tenang, segar dan memukau menjadikannya pilihan ideal untuk percutian keluarga, pasangan mahupun sesi santai hujung minggu.

Resort ini juga menawarkan pelbagai jenis penginapan termasuk glamping dan chalet dengan kapasiti 65 bilik. Antara aktiviti popular yang tersedia ialah Rainbow Slide, water rafting, kenderaan lasak ATV, pendakian Bukit Batu Putih serta eksplorasi Gua Tempurung.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati pengalaman berkhemah dan memasak terus di hadapan chalet bagi menambah elemen kelainan dalam percutian mereka.

Dengan gabungan fasiliti selesa, aktiviti mencabar dan keindahan alam yang mempersonakan, Himalaya Camp Gopeng muncul sebagai destinasi lengkap untuk retreat keluarga, program team building syarikat korporat serta aktiviti agensi kerajaan. Ia bukan sekadar tempat percutian, tetapi sebuah lokasi yang menawarkan pengalaman yang segar, bermakna dan mengukuhkan hubungan sesama peserta.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda turut menanam sepohon harumanis Perlis di dalam pekarangan resort tersebut sebagai simbolik peringatan kunjungan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.