Raja Perlis Terima Mengadap Raja Muda Selangor dan Isteri di Istana Perlis, Kuala Lumpur

9Oktober 2025 | Kuala Lumpur

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, hari ini berkenan berangkat menerima mengadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang diiringi oleh suri baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz, di Istana Perlis, Kuala Lumpur.

Tengku Amir Shah baru sahaja berangkat diijabkabulkan dengan pasangannya dalam satu Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025 lalu.

Sesi sembah mengadap ini diadakan bagi meraikan pasangan diraja yang baru bernikah, sekali gus memperlihatkan hubungan akrab dan mesra antara institusi diraja Perlis dan Selangor.

Pertemuan penuh adat dan hormat ini turut mencerminkan eratnya jalinan kekeluargaan dan silaturahim antara kedua-dua keluarga diraja, yang terus diperkukuh melalui tradisi ziarah dan muhibah antara negeri.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.