PETALNG JAYA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Khalid Ismail di Kangar, semalam.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Pertemuan itu turut diadakan bagi memperkenalkan Hamzah Hashim sebagai ketua polis Perlis yang baharu kepada baginda.
Hamzah, yang juga anak kelahiran Perlis, sebelum ini berkhidmat sebagai Komander 69 Komando (VAT 69) di bawah Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), di Ulu Kinta, Perak.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam operasi khusus dan taktikal sepanjang berkhidmat bersama pasukan elit polis itu.
Hamzah menggantikan Muhammad Abdul Halim yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan pengarah (operasi) KDNKA di Bukit Aman.