Raja Puan Muda Perlis dilantik semula sebagai Pro Canselor UniMAP

Raja Puan Muda Perlis dilantik semula sebagai Pro Canselor UniMAP

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun, bermula 13 Disember 2026 hingga 12 Disember 2031.

Majlis Pelantikan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor bersempena Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen 21 UniMAP yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra semalam.

Pelantikan semula ini mencerminkan kesinambungan peranan dan komitmen Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dalam menyokong kepimpinan serta kecemerlangan UniMAP, khususnya dalam memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan dan reputasi universiti.

Turut berangkat sama ialah anakanda-anakanda puteri baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Pro Canselor UniMAP, serta Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zaliman Sauli serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content