Raja, Raja Perempuan Perlis hadir majlis “Tuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowship”

Raja, Raja Perempuan Perlis hadir majlis “Tuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowship”

Oleh: Sholina Osman
14 APRIL 2026

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Jamuan Makan Malam sempena “Tuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowship Dinner” yang berlangsung di Elissa Hotel & Suites, Kangar.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia, Professor Datuk Seri Dr. Paras Doshi dan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ghazali Chik.

MERUPAKAN SATU INISIATIF

“Tuanku Syed Sirajuddin & Tuanku Fauziah Travelling Fellowship” merupakan satu inisiatif hasil kerjasama antara Royal College of Physicians of Glasgow, College of Physicians Malaysia serta Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia.

Inisiatif ini diwujudkan sebagai tanda penghormatan kepada Negeri Perlis serta hospital negeri yang dinamakan sempena Raja Perempuan Perlis, iaitu Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Selain mengharumkan nama Negeri Perlis, inisiatif ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu terkini serta amalan terbaik dalam bidang perubatan dalaman di peringkat antarabangsa.

PENERIMA ANUGERAH TUANKU

Bagi tahun 2024, penerima Anugerah “Tuanku Fauziah Travelling Fellowship” ialah Dr Harrison Stubbs, manakala bagi tahun 2025 dianugerahkan kepada Dr Patrick Timmons.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyempurnakan pengurniaan ‘Fellowship Scroll’ kepada Dr. Sia Leng Cheng bagi tahun 2026.

Beliau akan ke Glasgow, Scotland pada pertengahan tahun ini selama beberapa minggu untuk menimba pengalaman di hospital di sana nanti. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.