Rumah Terbuka CIMA meriah

KANGAR 17 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Cement Industries of Malaysia (CIMA) Berhad 2025 dilangsungkan meriah di Dewan K3, Bukit Ketri.

Paling istimewa ialah kesudian Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat hadir menerima undangan.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh pengurusan tertinggi CIMA terdiri daripada Datuk Zaiviji Ismail Abdullah, Pengerusi, Hairol Azizi Tajudin, Pengarah Urusan , Lee Lin Chien, Lembaga Pengarah, dan Khor Khai Nee, Timbalan Pengarah Urusan.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda telah berkenan menghiris ‘Roast Lamb’ sebagai simbolik perasmian majlis disaksikan kira-kira 500 tetamu yang hadir.

Ketibaan Aidilfitri menjadi cerminan semangat Malaysia yang sebenar dengan menjelmakan perpaduan dan meruntuhkan tembok prasangka yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan, masih percaya bahawa bibit-bibit perpaduan yang disemai adalah kunci kepada kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda juga sempat meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman bersama pucuk pimpinan serta warga CIMA dan tetamu lain yang hadir, sebelum berangkat meninggalkan majlis .

Seluruh pengurusan dan warga kerja CIMA turut mengambil kesempatan mempersembahkan ucapan Selamat Menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis pada 17 April 2025.

Sesungguhnya Baginda memerintah dan menaungi negeri dan rakyat dengan penuh adil dan saksama, semoga dikurniakan oleh Allah subhanawataala dengan keafiatan berpanjangan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content