Sambutan hari raya Aidilfitri UniSIRAJ meriah

KUALA PERLIS: Lebih 1,000 warga Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh kegembiraan dan kemeriahan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniSIRAJ berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis tersebut yang diadakan di Dataran Pelajar UniSIRAJ, Kampus Seberang Ramai Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Rektor UniSIRAJ, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Dr. Muhamad Rozaimi dalam ucapan aluannya menyatakan, sebagai sebuah universiti, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan segala struktur dan operasi dapat menyokong visi dan misi yang lebih besar, serta menyediakan lebih banyak ruang untuk pembangunan akademik, kemudahan penyelidikan, dan pengembangan potensi pelajar-pelajar UniSIRAJ.

“Ini adalah majlis Hari Raya pertama kita sebagai UniSIRAJ, dan ia pastinya sangat bersejarah. Perubahan ini bukan sahaja membawa perubahan dari segi nama, tetapi juga kepada peranan kita dalam dunia pendidikan tinggi”, tambah Rektor UniSIRAJ itu lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan simbolik majlis tersebut dengan mencurahkan pulut dan santan ke dalam pinggan yang telah tersedia dengan buah mempelam istimewa Perlis, iaitu Harumanis Perlis.

Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga UniSIRAJ yang bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) termasuk pengurusan tertinggi, pensyarah, pelajar yang terdiri daripada pelbagai negara, dan staf sokongan.

Majlis seperti ini juga dapat mewujudkan suasana mesra dan harmoni di samping menjadi platform interaksi yang lebih santai di luar waktu akademik atau tugas rasmi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content