Umat Islam Perlu Tingkatkan Taraf Hidup Dan Maruah – Raja Muda Perlis

Umat Islam perlu tingkatkan taraf hidup dan maruah Raja Muda Perlis

PATTANI, Thailand 19 Sept. – Umat Islam hendaklah sentiasa berusaha sedaya upaya mempertingkatkan maruah dan taraf hidup dengan memberikan fokus kepada soal meningkatkan produktiviti, integriti dan amanah yang tinggi agar sentiasa terus dihormati.
pattani-2

Muslimin juga harus memberikan contoh yang terbaik dan menonjolkan kesucian dan keharmonian ajaran Islam itu sendiri supaya agama ini akan terus dipandang tinggi dan mulia.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah bagi menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM2,000 untuk tujuan aktiviti dakwah kepada Masjid Kampung Kerisik yang terletak di Krue Se, Wilayah Pattani, Selatan Thailand yang diterima oleh Tuan Imamnya, Tohir Osman baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba tetamu diraja dari Perlis yang sedang dalam perjalanan menaiki kenderaan dari dari Arau ke Kota Bharu melalui Thailand bagi menyertai ‘Program Diraja Generasiku Sayang 2019’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan itu disambut oleh Ahli Dewan Undangan Kebangsaan (National Legislative Assembly) Thailand, Datuk Anusart Suwanmongkol dan para kepemimpinan masjid dan juga masyarakat setempat.

Mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Nohd Noor yang menyampaikan ucapan sebelum itu kepada sekalian yang hadir.

pattani-1

Turut menyambut ialah seramai 107 orang kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun dari kalangan pelajar Sekolah Nurul Lufti, Cherang Batu, Thailand yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berfoto kenangan dengan baginda.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap agar keunikan identiti agama, adat dan budaya negeri Perlis dapat terus ditonjolkan. Tambah bagibda, usaha ini hendaklah dilaksanakan agar segala warisan peradaban tidak akan sekali-kali tenggelam dibawa arus globalisasi dan modenisasi.

Untuk rekod, masjid yang berusia lebih 500 tahun dan turut dikenali sebagai Masjid Sultan Muzhaffar Shah ini dibina dengan ciri timur tengah dan kepakaran tempatan. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.