Usahawan Perlu Belajar Daripada Kegagalan Syarikat Gergasi Dunia

Usahawan perlu belajar daripada kegagalan syarikat gergasi dunia

FUERTH, Jerman 6 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para usahawan tanpa mengira saiz atau sektor yang mereka ceburi supaya belajar daripada ’kegagalan’ beberapa syarikat ternama di dunia sebelum ini.

Antaranya ialah Motorola yang dikenali sebagai peneraju telefon selular, telah ketinggalan dalam anjakan kepada digital dan disingkir oleh Nokia yang pada asalnya hanya mengeluarkan tayar salji dan but getah 10 tahun sebelum mereka menguasai dunia selular tanpa wayar. Namun, Nokia juga telah berdepan kegagalan apabila terlewat beralih ke dunia telefon pintar.

Contoh lain yang diberikan ialah International Business Machine Corporation (IBM), merupakan ’raja’ dalam dunia pengkomputeran, terlepas sepenuhnya revolusi komputer peribadi dan diatasi oleh beberapa syarikat permulaan yang kecil seperti Microsoft dan Dell.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke industri pertahanan milik RUAG Ammotec yang terletak di Fuerth tidak jauh daripada Nurremberg, Jerman petang semalam.

Berangkat sama anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Munich, Muhammad Khaidir Hairuddin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut memberi contoh syarikat ‘Xerox’ yang telah mencipta mesin fotokopi tetapi ‘Canon’ mengangkatnya ke peringkat yang baharu dengan menghasilkan mesin fotokopi berwarna, manakala, selama bertahun-tahun Ford dan General Motors menguasai kepimpinan automobil dunia tetapi terus kecundang apabila pengeluar dari Jepun tiba dengan kereta bermutu tinggi yang ekonomi.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.