Skim Bantuan Zakat
Skim Bantuan Zakat
- Asnaf
- Senarai Bantuan Zakat
Asnaf
Skop agihan zakat Baitulmal MAIPs adalah berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syarak. Ia mempunyai 8 asnaf zakat iaitu:
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya termasuklah:
1. Beragama Islam
2. Baru memeluk Agama Islam (Saudara Baru)
3. Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
4. Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
5. Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam.
6. Bukan Beragama Islam
7. Boleh dipujuk supaya masuk Islam
8. Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan.
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
Mereka yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa dalam perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak.
Senarai Bantuan Zakat
Objektif
Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalam bentuk kewangan bulanan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.
Asnaf
Fakir, Miskin dan muallaf
Syarat-syarat
Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan berhadapan situasi seperti berikut
1. Tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin dan Muallaf yang menghadapi masalah kekurangan belanja untuk saraan hidup
2. Terputus bekalan kewangan untuk makanan, pakaian atau perlindungan (rumah)
3. Anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.
Kaedah Pelaksanaan
1. Jika tinggal bersama anak lelaki atau perempuan, permohonan adalah di atas nama pemohon tetapi penentuan asnaf berdasarkan kepada pendapatan anak lelaki atau waris.
2. Jika menumpang di rumah bukan waris pemohon, agihan diberi kepada pemohon
3. Bagi lelaki yang berpoligami, permohonan hendaklah dibuat atas nama suami dan agihan disalurkan kepada isteri/isteri-isteri yang layak.
Bentuk Agihan
Agihan wang (tunai/cek)
Proses Permohonan
Setiap borang bantuan Am hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:
1.Salinan kad pengenalan (termasuk ahli keluarga)
2.Salinan pengesahan akaun bank
3.Salinan pengesahan E-Kasih (Jika tiada E-Kasih, sila rujuk pegawai untuk pengesahan status kelayakan)
4.Salinan dokumen berkaitan (Sijil kematian/ Laporan polis/ Bukti-bukti sokongan -Jika berkaitan)
5. Penyata gaji terkini (Jika berkaitan)
6. Surat kebenaran akaun waris (Jika berkaitan bagi kes pemohon yang tiada akaun bank)
7. Borang cadangan pelantikan perkhidmatan pemasangan elektrik/ air (bagi kes bantuan bekalan elektrik/ air)
*Penerima bantuan bulanan TIDAK LAYAK memohon bantuan Sara Hidup/Am. Jika terdapat keperluan, hendaklah dirujuk kepada pegawai terlebih dahulu.
Objektif
Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalam bentuk kewangan bulanan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.
Asnaf
Fakir, Miskin dan muallaf
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin yang menghadapi mana-mana masalah berikut:
iii. Berpenyakit yang kronik.
iv. Tiada pendapatan.
v. Tiada waris atau menumpang
iv. Cacat fizikal/mental.
vii. Uzur.
Kaedah Pelaksanaan
i. Jika tinggal bersama anak lelaki atau perempuan, permohonan adalah di atas nama pemohon tetapi penentuan asnaf berdasarkan kepada pendapatan anak lelaki
ii. Jika menumpang di rumah bukan waris pemohon, Agihan diberikepada pemohon.
iii. Bagi lelaki yang berpoligami, permohonan hendaklah dibuat atas nama suami dan Agihan disalurkan kepada isteri/isteri-isteri yang layak
iv. Cadangan bantuan adalah dengan kerjasama JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS.
Bentuk Agihan
Agihan wang (tunai/cek)
Sila hubungi pejabat MAIPs di talian +604 979 4439 untuk maklumat lanjut berkenaan proses permohonan.
*Cadangan penerima adalah di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sila rujuk JKM.
Objektif
Agihan ini bertujuan membantu mereka yang mengalami kesulitan akibat sesuatu kesakitan atau kecacatan. Agihan turut diberikan untuk pembelian ubat, peralatan sokongan dan tambang (bagi rawatan di luar Perlis). Membantu pesakit yang tidak mampu menampung pembiayaan kos perubatan di mana-mana pusat perubatan (swasta/Kerajaan).
Asnaf
Fakir, Miskin, Muallaf, Fisabillah dan Ibnussabil
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Pemohon mengemukakan laporan/pengesahan pegawai perubatan dari pusat-pusat perubatan atau mana-mana pihak yang diiktiraf termasuk pusat rawatan tradisional.
Kaedah Pelaksanaan
i. Cadangan atau saranan hasil siasatan amil atau UNIT KERJA SOSIAL HOSPITAL.
ii. Pemohon hendaklah mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan beliau menghadapi kecemasan.
iii. Jika pemohon merupakan pesakit yang tidak boleh menguruskan penerimaan Agihan, maka Agihan cek/tunai boleh
diberikan kepada penjaga atau waris berdasarkan asas pertimbangan pegawai pengurus zakat.
Cara Bayaran/Agihan
Agihan cek/tunai
Proses Permohonan
Permohonan Bantuan Perubatan MAIPs hendaklah dirujuk kepada Unit Kerja Sosial di Hospital tempat menerima rawatan.
Objektif
Membantu mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan Agihan kewangan bagi menguruskan persekolahan anak-anak atau tanggungan di peringkat sekolah rendah atau menengah
Asnaf
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Pemohon mempunyai tanggungan / anak yang benar-benar memerlukan Agihan untuk urusan persekolahan samada sekolah rendah atau menengah.
iii. Ibu/bapa yang tidak mampu/kehabisan wang untuk membayar wang pendaftaran/yuran sekolah/ membeli buku- buku anak di peringkat sekolah rendah/menengah di bawah asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Kaedah Pelaksanaan
Pihak SEKOLAH mengemukakan cadangan Agihan kepada pihak MAIPs
Cara Bayaran/Agihan
Agihan cek/tunai/baucer
Proses Permohonan
Setiap borang bantuan pelajaran hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:
1.Salinan kad pengenalan
2.Salinan pengesahan akaun bank
3.Salinan surat tawaran
4.Salinan surat resit bayaran awal pendaftaran
5.Surat pengesahan tempat tinggal (jika alamat dalam surat tawaran DI LUAR PERLIS)
*Tidak memerlukan pengesahan e-Kasih
Objektif
Membantu mereka yang ingin memulakan / memantapkan perniagaan atau membeli peralatan pertanian / perikanan / penternakan yang terdiri daripada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Asnaf
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Asnaf
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Pemohon mempunyai tekad untuk keluar dari belenggu kefakiran dan kemiskinan
iii. Bagi permohonan Agihan modal perniagaan, perlu mengemukakan dokumen pendaftaran syarikat dan rancangan perniagaan (Business Plan)
Kaedah Pelaksanaan
Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan zakat Baitulmal MAIPs.
Pihak persatuan / institusi mengemukakan cadangan Agihan
Cara Bayaran/Agihan
Agihan kewangan akan diberikan kepada pemohon atau pembekal pakaian berdasarkan keperluan
Proses Permohonan
*Permohonan bantuan program peningkatan ekonomi asnaf/ modal hendaklah dirujuk kepada pegawai Penyelaras Zakat/ Ketua Unit/ Bahagian
Objektif
Agihan ini bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan membayar deposit elektrik dan bekalan air
Asnaf
Fakir, Miskin dan Muallaf.
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Mempunyai surat hakmilik rumah atau kebenaran sewaan
Kaedah Pelaksanaan
i. Pemohon hendaklah mengemukakan surat perakuan dari pemilik rumah sewa
ii. Pemohon hendaklah mengemukakan kadar sewa, bekalan elektrik dan air yang dikenakan
Cara Bayaran/Agihan
Penyediaan cek atas nama pemohon atau pihak yang memberikan perkhidmatan bekalan.
Proses Permohonan
Setiap borang Bantuan Am/ Sara hidup hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:
1.Salinan kad pengenalan (Termasuk ahli keluarga)
2.Salinan pengesahan akaun bank
3.Salinan pengesahan E-kasih (Jika tiada E-Kasih, sila rujuk pegawai untuk pengesahan status kelayakan)
4.Salinan dokumen berkaitan (Sijil kematian/ Laporan polis/ Bukti-bukti sokongan – Jika berkaitan)
5. Penyata gaji terkini (Jika berkaitan)
6. Surat kebenaran akaun waris (Jika berkaitan bagi kes pemohon yang tiada akaun bank)
7. Borang cadangan pelantikan perkhidmatan pemasangan elektrik/ air (bagi kes bantuan bekalan elektril/ air).
*Penerima bantuan bulanan TIDAK LAYAK memohon bantuan Sara hidup/ Am. Jika terdapat keperluan, hendaklah dirujuk kepada pegawai terlebih dahulu.
Objektif
Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segi kewangan bagi membaiki rumah atau membina sebuah rumah samada melalui Agihan MAIPs sepenuhnya atau dengan kerjasama dan Agihan dari agensi-agensi lain.
Asnaf
Fakir, Miskin dan Muallaf.
Syarat-syarat
a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
i. Islam
ii. Warganegara Malaysia
iii. Bermastautin (tinggal tetap) di negeri Perlis.
b. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan kurang dari 50% haddul kifayah kerana:
i. Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup
ii. Tiada tempat bergantung atau teraniaya seperti balu, ibu tunggal, janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya dipenjara.
iii. Isteri yang suaminya terlibat dengan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)/Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau penagihan dadah atau mengidap sakit kronik.
iv. Lain-lain seumpamanya.
c. Pemohon tidak mempunyai rumah lain dan berusia 35 tahun ke atas kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri
d. Rumah yang dimiliki terlalu uzur dan kerosakan rumah melebihi 70% kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
e. Status tanah yang membenarkan pembinaan kecuali Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.
i. Pemohon hendaklah mengemukakan Salinan Geran Tanah yang yang membenarkan pembinaan.
ii. Sekiranya tanah untuk pembinaan bukan milik sendiri, hendaklah mendapatkan Kebenaran Bertulis iaitu Akuan Sumpah yang sah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 atau mengemukakan kebenaran oleh pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada tuan tanah yang terlibat.
Kaedah Pelaksanaan
i. Dikenal pasti oleh amil atau agensi berkaitan
ii. Pemohonan mengemukakan permohonan kepada pihak Masjid dan pihak Masjid membuat pemilihan dalam MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH serta memanjangkan cadangan kepada pihak MAIPs
iii. Seksyen Teknikal MAIPs mengeluarkan cadangan baikpulih
iv. Cadangan tahun semasa akan dipertimbangkan pada tahun berikutnya
Cara Bayaran/Agihan
Bayaran dibuat kepada kontraktor yang berdaftar dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Proses Permohonan
*Permohonan bantuan kediaman MAIPs hendaklah dirujuk kepada Amil Kariah
Objektif
Membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dari segi kewangan bagi membaik pulih rumah melalui agihan MAIPs.
Asnaf
Fakir, Miskin dan Muallaf.
Syarat-syarat
a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
i. Islam
ii. Warganegara Malaysia
iii. Bermastautin (tinggal tetap) di negeri Perlis.
iv. Tiada pendapatan atau harta yang mencapai separuh haddul kifayah atau pendapatan kurang dari 50% haddul kifayah kerana:
a. Tua/uzur/sebatang kara/cacat atau tiada upaya untuk menyara hidup.
b. Tiada tempat bergantung atau teraniaya seperti balu, ibu tunggal. Janda, isteri yang ditinggalkan dan isteri yang suaminya dipenjara.
c. Isteri yang suaminya terlibat dalam Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) / Human Immunodefiency Virus (HIV) atau penagihan dadah atau mengidap sakit kronik.
d. Lain-lain seumpamanya
v. Pemohon tidak mempunyai rumah lain dan berusia 35 tahun ke atas kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid.
vi. Rumah yang dimiliki terlalu uzur dan kerosakan tidak melebihi 70 % kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid.
Kaedah Pelaksanaan
i. Dikenal pasti oleh amil atau agensi berkaitan
ii. emohonan mengemukakan permohonan kepada pihak Masjid dan pihak Masjid membuat pemilihan dalam MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH serta diuruskan sepenuhnya oleh pihak Masjid.
iii. Laporan baikpulih akan diberikan oleh pihak Masjid kepada Pengurusan MAIPs.
Cara Bayaran/Agihan
Bayaran dibuat kepada kontraktor yang berdaftar dengan pihak Masjid.
Proses Permohonan
*Permohonan bantuan kediaman MAIPs hendaklah dirujuk kepada Amil Kariah
Objektif
Membantu mereka yang ditimpa bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh atau kebakaran.
Asnaf
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Mengalami bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, kebakaran atau apa-apa situasi yang boleh dikatogerikan sebagai bencana.
iii. Mengemukakan bukti seperti gambar, laporan polis atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kaedah Pelaksanaan
i. Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan zakat Baitulmal MAIPs.
ii. Pihak persatuan / institusi mengemukakan cadangan Agihan
iii. Pengesahan dan cadangan oleh pihak jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis adalah dirujuk.
Cara Bayaran/Agihan
Agihan kewangan sama ada secara tunai atau cek diberikan kepada pemohon atau pihak Agensi / Kontraktor / Tukang yang melaksanakan tindakan
Proses Permohonan
*Isu bencana seperti kebakaran, ribut, banjir, dan ekmusnahan harta hendaklah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pihak JKM akan memanjangkan cadangan bagi isu kerosakan besar (major).
Objektif
Membantu mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan serta merta/segera akibat berhadapan dengan situasi kecemasan.
Asnaf
Fi Ar-Riqab dan Ibnu Sabil.
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Pemohon dalam perjalanan sementara menunggu Agihan Ibnussabil.
iii. Pemohon diberhentikan kerja oleh majikan dan telah kehabisan belanja saraan hidup atau berada dalam tahanan.
iv. Pemohon menanggung hutang yang terpaksa dibayar serta merta.
v. Muallaf yang disingkirkan atau yang putus hubungan dengan keluarga asal
Kaedah Pelaksanaan
Pemohon mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan/kecurian
Agihan diberi sekali sahaja, berulang kali bagi kes-kes khas.
Bagi kes-kes seperti Agihan perubatan, hutang, kematian dan pelajaran, dokumendokumen hendaklah disertakan
Cara Bayaran/Agihan
Bayaran secara tunai (menggunakan panjar wang runcit) berdasarkan keperluan
Barang keperluan berdasarkan keperluan.
Proses Permohonan
Sila hubungi pejabat MAIPs dalam talian: +604 978 2400
Objektif
Membantu golongan muallaf sebagai memberi Agihan kewangan dan sokongan moral kepada seseorang yang baru memeluk agama Islam dan meringankan tekanan dan bebanan yang dihadapinya.
Asnaf
Muallaf
Syarat-syarat
i. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum.
ii. Muallaf memeluk Islam di Negeri Perlis di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
iii. Permohonan atau cadangan daripada Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis adalah tertakluk.
Kaedah Pelaksanaan
1. Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
ii. Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis mengemukakan cadangan Agihan
Cara Bayaran/Agihan
i. Agihan kewangan sama ada secara tunai atau cek diberikan kepada pemohon dengan kadar RM 500.00 bulan pertama dan RM 2,500.00 selepas tiga bulan yang kesemuanya berjumlah RM 3,000.00.
ii. Agihan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Proses Permohonan
Sila hubungi pejabat MAIPs dalam talian: +604 978 2400
Objektif
Membantu para pelajar berasal dari Negeri Perlis yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi.
Asnaf
Fisabilillah
Syarat-syarat
Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut:
i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan tinggal di Perlis.
ii. Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysiai.
iii. Kursus yang dipohon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
iv. Telah mendapat tempat / tawaran / sepenuh masa dan tidak bekerja
v. Disahkan pendaftaran pengajian
vi. Permohonan tidak melebihi tempoh 6 bulan selepas tempoh surat tawaran dikeluarkan
vii. Berumur 18 tahun ke atas
Kaedah Pelaksanaan
i. Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak MAIPs melalui borang permohonan Agihan Pelajaran MAIPs dengan pengesahan Amil Kariah dan pemimpin masyarakat (JKKK).
ii. Mengemukakan resit bayaran pendaftaran atau apa-apa dokumen pengesahan pengajian.
Cara Bayaran/Agihan
Agihan kewangan yang akan diberikan kepada pemohon adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian | Jumlah (RM) | Catatan |
---|---|---|
Ijazah/Sarjana/PHD | RM 2,500 | Luar Negara |
Ijazah/Sarjana/PHD | RM 2,000 | Dalam Negara |
Diploma | RM 1,700 | Dalam Negara |
Sijil/Matrik/Asasi | RM 1,200 | Dalam Negara |
Proses Permohonan
Setiap borang bantuan pelajaran hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:
1.Salinan kad pengenalan
2.Salinan pengesahan akaun bank
3.Salinan pengesahan surat tawaran
4.Salinan resit bayaran awal pendaftaran
5. Surat pengesahan tempat tinggal (jika alamat dalam surat tawaran DI LUAR PERLIS)
*Tidak memerlukan pengesahan e-Kasih
Objektif
Membantu para pelajar berasal dari Negeri Perlis yang menuntut di luar negara (Timur Tengah)
Asnaf
Fisabillah.
Syarat-syarat
a. Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut:
i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan anak Perlis
– Bapa, ibu dan pemohon lahir dan masih bermastautin di Perlis
– Bapa, ibu dan pemohon lahir di Perlis serta telah bermastautin di negeri Perlis sekurang-kurangnya 10 tahun
– Bapa atau ibu dan pemohon lahir di negeri Perlis dan masih bermastautin di negeri Perlis.
ii. Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
iii. Kursus yang dipogon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
iv. Telah mendapat tempat / tawaran dan belajar sepenuh masa (tidak bekerja) di mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
v. Disahkan boleh mengikuti pengajian di luar negara samada oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kementerian Luar Negeri atau Kedutaan Malaysia (Education Malaysia)
vi. Tidak mendapat Agihan / pinjaman / dermasiswa dari mana-mana institusi
Tempoh
Dermasiswa yang diluluskan hanya untuk satu (1) tahun sahaja dan mana-mana pemegang dibenarkan memohon semula untuk perlanjutan
Perlanjutan
Perlanjutan dermasiswa akan diluluskan dengan syarat-syarat berikut:
i. Mengemukakan kepada MAIPs permohonan perlanjutan dermasiswa
ii. Lulus dalam peperiksaan akhir sesi pengajian sebelumnya dan meneruskan pengajian ke tahun berikutnya
iii. Pemohon hendaklah mengemukakan slip keputusan peperiksaan penuh kepada MAIPs / tasdik
iv. Menyertakan surat pengesahan daripada pihak universiti atau mana-mana pihak berkenaan bahawa pemohon tidak
mendapat sebarang tajaan oleh mana-mana badan penaja
v. Kegagalan untuk memenuhi keperluan-keperluan di atas atau mengemukakan permohonan yang tidak lengkap akan
menimbulkan kerumitan kepada pemohon.
Penggantungan
i. Pemohon dibenarkan mengulang hanya 1 kali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan sekiranya pemohon gagal dua
(2) semester berturut-turut dalam tahun yang sama, maka dermasiswa akan digantung
ii. Walau bagaimanapun, sekiranya pada tahun berikutnya beliau lulus pemohon boleh mengemukakan permohonan
untuk menyambung semula dermasiswa dan akan dipertimbangkan oleh MAIPs.
Tatatertib
i. Pemegang dikehendaki memenuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh MAIPs dan universiti yang dipelajari
oleh pemegang dermasiswa
ii. Sekiranya pemegang didapati atau dilaporkan terlibat dalam mana-mana kes jenayah dan apa-apa salah laku yang
akan mencemarkan nama baik Kerajaan dan Negara Malaysia, maka tindakan tatatertib akan diambil dan dermasiswa
akan dihentikan serta-merta
iii. Pemegang tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perkara yang difikirkan oleh MAIPs tidak selaras dengan
kepentingan pemegang, Negeri khasnya dan Negara Amnya.
Kaedah Pelaksanaan
Pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan zakat melalui Persatuan Pelajar yang berdaftar dengan MAIPs / Kedutaan Besar Malaysia / Kementerian Pengajian Tinggi
Cara Bayaran / Agihan
Agihan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada keputusan dari semasa ke semasa mengikut keputusan yang Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal / Majlis. Nilai Agihan Pelajaran untuk penuntut anak Perlis di Timur Tengah mengikut Negara yang dipelajari adalah seperti berikut :
Peringkatan Pengajian | Jumlah (RM) Catatan |
---|---|
Ijazah/ Sarjana/ PhD | RM 6,000 |
Ijazah (Mengulang kali pertama) | RM2,500 |
Ijazah (Tambahan Bantuan Yuran kepada pelajar Jordan) | RM 6,000 |
Pihak MAIPs akan memberikan Agihan samada kepada pelajar atau melalui penjaga sekiranya diperlukan.
Proses Permohonan
Setiap borang bantuan pelajaran hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:
1.Salinan kad pengenalan
2.Salinan pengesahan akaun bank
3.Salinan surat tawaran
4.Salinan resit bayaran awal pendaftaran
5. Surat pengesahan tempat tinggal (jika alamat dalam surat tawaran DI LUAR PERLIS)
*Tidak memerlukan pengesahan e-Kasih
Objektif
Membantu institusi keagamaan seperti masjid, surau, sekolah, pertubuhan, persatuan atau badan dakwah untuk menjalankan program dakwah dan kebajikan.
Asnaf
Muallaf dan Fisabillah.
Syarat-syarat
i. Agensi hendaklah berdaftar dan menjalankan program-program kebajikan.
ii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah mendapat pengesahan.
Kaedah Pelaksanaan
Pemohon mengemukakan permohonan yang mengandungi butir-butir berikut:
i. Objektif dan kandungan program
ii. Tarikh
iii. Tempoh
iv. Tempat perlaksanaan
v. Anggaran perbelanjaan
vi. Alamat dan nombor akaun penerima sumbangan
Cara Bayaran/Agihan
i. Pemberian cek kepada pemohon
ii. Pembayaran terus kepada syarikat pembekal
Proses Permohonan
Sila hubungi pejabat MAIPs dalam talian: +604 978 2400
Mohon Bantuan Zakat
Anda boleh memohon Bantuan Zakat dengan mengisi Borang Bantuan Am melalui pautan berikut.
Semak Kelayakan Asnaf
Gunakan Sistem Semakan Had Kifayah untuk menyemak kelayakan sebagai asnaf untuk menerima bantuan.
Mohon Bantuan Zakat
Anda boleh memohon Bantuan Zakat dengan mengisi
Borang Bantuan Am melalui pautan berikut.
Semakan Kelayakan Asnaf
Gunakan Sistem Semakan Had Kifayah untuk menyemak kelayakan sebagai asnaf untuk menerima bantuan.
Dalil Agihan Zakat
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah at-Taubah ayat: 60)
Teroka Lebih Lanjut
Jenis-jenis zakat
Zakat pendapatan ialah zakat hasil yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara langsung atau tidak langsung seperti : Gaji, Elaun, Imbuhan, Hadiah, Pencen dan seumpamanya dengan pihak lain samada pihak kerajaan atau swasta atau perseorangan.
Sumber Am
Sumber Am dikenali sebagai harta yang dimanfaatkan untuk kepentingan awam. Sumber Am MAIPs terdiri daripada 2 bahagian iaitu Fidyah dan Tabung
Wakaf
Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan