Sumber Am
Sumber Am
- Garis Panduan Pelaksanaan Perakuan Pemastautin MAIPs
- Fi Peguam Syariah
- Fidyah
- Wang Tidak Patuh Syarak
Garis Panduan Pelaksanaan Perakuan Pemastautin MAIPs
Garis Panduan ini bertujuan sebagai rujukan kepada Pengurusan MAIPs dan pihak berkaitan bagi menguruskan pengesahan seseorang yang memiliki alamat di dalam kad pengenalan di luar negeri Perlis, tetapi telah bermastautin di dalam negeri Perlis berdasarkan:
Borang 1: Bukti Rumah/Saksi
Pemohon mengemukakan bukti rumah atau saksi yang mengesahkan tinggal di Negeri Perlis seperti yang terdapat dalam “Borang 1” beserta Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah (Akta Akuan Berkanun 1960) ; atau
Borang 2: Akuan Sumpah
Pemohon mengemukakan Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah (Akta Akuan Berkanun 1960) bukti berada di Negeri Perlis berdasarkan keputusan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berkaitan maksud atau tafsiran perkataan “bermastautin” dalam Enakmen 7 (Warta No.99 tahun 2020).
Latar Belakang
Maksud “Bermastautin”
Seseorang itu berada di dalam negeri Perlis melebihi lima (5) hari.
* Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara bahawa maksud perkataan bermastautin di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006.
Keputusan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil.4/2020 yang telah dipengerusikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 4 November 2020 telah meluluskan cadangan Jawatankuasa Kewangan MAIPs Bil.4/2020 bagi Penetapan Kaedah Pungutan Fi Am MAIPs Untuk Pengesahan Bermastautin.
Penggunaan Perakuan Pemastautin
Sijil tersebut boleh digunakan bagi semua urusan di bawah Enakmen 7 dan tidak terhad kepada hanya kepada perkara-perkara berkaitan pendaftaran perkahwinan sahaja merangkumi –
Pengesahan Nasab
Kebenaran Berpoligami
Pengesahan Penceraian Luar Mahkamah (Talak Tiga)
Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara
Pemohon hendaklah hadir sendiri bagi melaksanakan permohonan selaras dengan keputusan Fatwa Warta No.99 Tahun 2020. Walau bagaimanapun permohonan melalui wakil adalah dibenarkan berdasarkan kes-kes khas melalui rujukan JAIPs.
Penentuan Jenis Perakuan Pemastautin sama ada Borang 1 atau Borang 2 akan disarankan oleh JAIPs.
Sijil pengesahan akan dikeluarkan oleh Majlis dan sah mengikut tempoh yang dinyatakan iaitu selama 30 hari selepas sesuatu perakuan dikeluarkan.
Carta Alir Proses Kerja
Butiran Proses Kerja
Bil. | Proses Kerja | Tanggungjawab | |
---|---|---|---|
Borang 1 (Perakuan Pemastautin Tinggal Tetap) | Borang 2 (Perakuan Pemastaunin Fatwa Warta No.99 Tahun 2020) | ||
1 | BORANG PERMOHONAN
| BORANG PERMOHONAN
| Pemohon |
Penyerahan Borang Senarai semak dokumen / bukti | Petugas Kaunter | ||
2 | PENGESAHAN KARIAH | Pengerusi Jawatankuasa Kariah / Imam Kariah/ Majikan pemohon | |
3 | PENYEDIAAN DOKUMEN LENGKAP
| Pemohon | |
4 | PERMOHONAN DI KAUNTER Pemohon menghantar permohonan di Kaunter Sumber Am MAIPs
| Pemohon | |
5 | SEMAKAN DOKUMEN
| SEMAKAN DOKUMEN
| Petugas Kaunter |
Akaun Terima Dokumen
| Petugas Kaunter | ||
6 | PENGESAHAN DOKUMEN
| Pengesah | |
7 | PENGELUARAN SIJIL PERAKAUN PEMASTAUTIN
| Pengesah | |
| Pembantu Hal Ehwal Islam | ||
8 | PENDAFTARAN REKOD
| Petugas Kaunter | |
9 | PEMBAYARAN FI
| Petugas Kaunter | |
10 | PENYERAHAN SIJIL PERAKAUN PEMASTAUTIN
| Petugas Kaunter |
Fi Pemastautin
Butiran kadar Fi Perakuan Pemastautin adalah seperti berikut :
Fi Peguam Syariah
Fidyah
Istilah Bahasa
Ia bermaksud menebus.
Istilah Syarak
Tebusan yang hukumnya wajib dilaksanakan dan dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada satu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.
Ringkasan Keputusan Ketetapan Fatwa Negeri Perlis Ke-34/2018
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa tidak wajib menggandakan fidyah meskipun melibatkan langkauan tahun.
- Kadar semasa fidyah meninggalkan puasa di negeri Perlis yang dipersetujui adalah sebanyak RM5.00 bagi satu hari puasa. Kadar tersebut berasaskan kepada satu hidangan makanan.
- Fidyah juga boleh ditunaikan dalam bentuk mengadakan jamuan kepada fakir miskin atau memberikan kepada mereka makanan keperluan secara terus dengan nilai yang dinyatakan.
- Sesiapa yang secara sukarela hendak membayar melebihi kadar fidyah yang diwajibkan maka ia suatu amalan yang baik.
*Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-34/2018, 6 Januari 2018 / 18 Rabiul Akhir 1439H
Cara Bayaran Fidyah dan Kafarah
Bayaran melalui akaun bank:
Bank Islam
090 100 1000 2497
Lampirkan butiran berikut ke emel
korporat@maips.gov.my:
- Resit Bayaran
- Nama
- No. Kad Pengenalan
- Alamat
- No. Telefon
- Jenis Bayaran
*Sekiranya tiada resit, sumbangan akan diakaunkan bagi tujuan manfaat sasar.
Wang Tidak Patut Syarak
MAIPs telah melancarkan Tabung Bara’atuz Zimmah (T-Baz) MAIPs pada 16 Julai 2014.
Tabung ini bertujuan untuk menjadikan platform/medium bagi masyarakat yang berhasrat untuk menyucikan harta atau wang tidak patuh syarak yang dimiliki atau yang telah diperolehi.
Pihak MAIPs komited untuk membantu mereka yang berhasrat untuk menghapuskan harta atau wang tidak patuh syarak melalui pengurusan MAIPs. dana berkenaan akan digunakan untuk maslahah umum umat Islam.
Dalil Berkenaan
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Al Baqarah : 275)
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah Al Baqarah : 188)
Definisi Wang Tidak Patuh Syarak
Harta tidak patuh syarak didefinisikan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan didalam sekuriti tidak patuh syarak dan seumpamanya.
Kewangan Berasaskan Riba
Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah).
Perjudian
Perjudian dan pertaruhan
Perniagaan
Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.
Insurans
Insurans konvensional
Aktivit Hiburan
Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah.
Produk Tembakau
Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan.
Jual Beli
Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuhi syariah.
Aktiviti Tidak Patuh Syarak
Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.
Rasuah
Wang terimaan rasuah
Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-87. Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut :
- Diserahkan kepada Baitulmal untuk masalah-masalah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya.
- Diserahkan kepada golongan fakir miskin.
- Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Salurkan Wang Tidak Patuh Syarak Kepada Kami
Wang daripada urusniaga tidak patuh syarak boleh disalurkan kepada MAIPs.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak MAIPs.
Maybank2U
5590 2160 2422
Teroka Lebih Lanjut
Jenis-jenis zakat
Zakat pendapatan ialah zakat hasil yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaan secara langsung atau tidak langsung seperti : Gaji, Elaun, Imbuhan, Hadiah, Pencen dan seumpamanya dengan pihak lain samada pihak kerajaan atau swasta atau perseorangan.
Wakaf
Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan
Fasiliti
MAIPs menyediakan pelbagai fasiliti lengkap untuk kemudahan anda. Setiap fasiliti disediakan terdiri daripada komplek wakaf yang mempunya dewan serba guna