Raja Perlis terima mengadap Ketua Polis Negara

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Turut hadir sama adalah isteri KPN, Puan Sri Zainah Othman.

Turut mengiring ialah Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim dan Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin.

Sesi mengadap ini diadakan bertujuan sebagai Majlis Kunjung hormat ziarah ke atas Tuanku Syed Sirajuddin yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei baru-baru ini dan sedang berehat di HTF untuk pulih sepenuhnya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content