McDonald’s Malaysia Bayar Zakat RM100,000 Kepada MAIPs

ARAU: McDonald’s Malaysia hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2022 berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Zakat berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar kepada Ketua Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs, Azizul Fitri Ismail.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan itu di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini.

Baginda bertitah, zakat berkenaan dapat membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan pada fasa yang sukar ini.

“Beta amat berbangga dengan pihak pengurusan McDonald’s Malaysia yang bukan sahaja mampu menunaikan zakat perniagaan mereka tetapi turut berjaya melaksanakan program kemasyarakatan dalam menyantuni barisan hadapan, golongan asnaf dan mereka yang memerlukan,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di A-Heart UniMAP, yang turut dirasmikan baginda hari ini, dibiayai sepenuhnya oleh Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) serta menjadi fasiliti yang terkini dan canggih untuk keperluan kanak-kanak istimewa.

“Beta berharap pihak keluarga kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat mengambil peluang menggunakan fasiliti ini sebaik mungkin demi perkembangan positif minda dan fizikal anak-anak mereka,” titah baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content