Raja Puan Muda Berkenan Sempurnakan Sidang Akhir Istiadat Konvokesyen 17 UniMAP

Raja Puan Muda berkenan sempurnakan sidang akhir Istiadat Konvokesyen 17 UniMAP

ISTIADAT Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang melibatkan 3,158 graduan melabuhkan tirainya dalam Sidang Ke Lapan yang berkenan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Tuanku Raja Puan Muda selaku Pro Canselor berkenan berangkat menyampaikan folder ijazah kepada seramai 558 orang graduan di majlis tersebut.

Berangkat sama mengiringi Baginda adalah anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Antara yang menerima daripada Baginda ialah graduan-graduan Diploma dalam Kejuruteraan Elektrik, Mekatronik, Komputer, Mikroelektronik, Metalurgi dan Pembuatan.

Penerima lain graduan Master Profesional dalam bidang Pengurusan Projek Pembinaan dan Pengurusan Fasiliti; Bacelor Profesional dalam Pengurusan Pembinaan dan Pengurusan Fasiliti serta Diploma Profesional bagi Penyeliaan Tapak Pembinaan, Pengurusan Fasiliti, Pengurusan Trafik Pembinaan dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Di majlis yang sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor dalam titah perutusan baginda menasihatkan kepada para gaduan supaya mempunyai inisiatif sendiri untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan semula dan kemahiran silang atau ‘cross-skilling’ dalam lanskap pasaran kerja.

Titah Baginda, antaranya menyertai aktiviti sukarelawan dan kerja-kerja sampingan yang akan membantu para graduan lebih matang dalam membuat keputusan di masa akan datang.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.