Individu Terlibat Rentas Negeri Di Perlis Tidak Dibenar Hadir Ke Masjid

KANGAR: Orang ramai di negeri ini yang tinggal bersama individu terlibat dengan aktiviti rentas negeri, tidak dibenarkan hadir ke masjid walaupun mereka telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19, demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, langkah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengimarahan masjid di negeri itu dibuat, berikutan pertambahan jumlah kes COVID-19 di negeri itu dan ia juga telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah hanya jemaah terdiri daripada anak kariah yang berumur antara 12 hingga 52 tahun sahaja dibenarkan hadir ke masjid, manakala bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas, dibenarkan jika telah melengkapkan dos vaksin COVID-19.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content