Terus Pertahankan Perpaduan, Keharmonian Kaum – Raja Muda Perlis

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyeru seluruh rakyat mempertahankan keutuhan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama.

Dalam masa sama, baginda berdua turut mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali yang diraikan hari ini.

Titah baginda, seluruh rakyat perlu membulatkan tekad serta hasrat ke arah mengekal dan mempertahankan perpaduan, keharmonian kaum serta agama yang dikecapi sejak sekian lamanya di negeri dan negara bertuah ini.

“Pepatah ada mengatakan ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jadi tidak ada apa yang mustahil jika kita membulatkan tekad, keazaman, bekerjasama dan berusaha dengan sepenuh jiwa.

“Beta juga menitahkan ucapan selamat bergembira dalam suasana dan SOP (prosedur operasi standard) kelaziman baharu bersama seluruh ahli keluarga dan rakan taulan kepada seluruh rakyat negeri ini yang menyambut hari Deepavali,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan mempengerusikan mesyuarat lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kali ke-33 bilangan 1/2021 secara dalam talian di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, semua aktiviti dan program yayasan secara bersemuka masih tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

“Pelaksanaan rancangan Pembangunan Pusat Pendidikan dan Latihan Autism (A-Heart) YTSP Perlis fasa pertama pula akan mengambil tempoh 18 bulan untuk dibina sejurus selepas segala kelulusan dokumentasi diluluskan oleh pihak berkuasa kelak,” titah baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content