MAIPs Salur 200 Kotak Makanan Misi Bantuan Banjir Di Selangor

KANGAR, 22 Disember – Prihatin akan situasi banjir yang melanda sekitar Selangor, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengerakkan misi bantuan banjir.

Misi ini membawa 200 kotak makanan, selain barangan keperluan harian iaitu 750 helai kain batik, 750 helai kain pelikat, 240 set telekung dan 115 toto.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, misi berkenaan diketuai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohamad Hazam Ismail bersama 15 sukarelawan bertolak dari Perlis tengah hari tadi.

Sukarelawan terlibat terdiri daripada kakitangan unit komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC).

“4 buah kenderaan terlibat dalam misi tersebut dan akan menghantar barangan bantuan ke Lembaga Zakat Selangor sebelum diagihkan kepada mereka yang terlibat. Barangan itu hasil sumbangan MAIPs, Kerajaan Negeri Perlis, Bantu-bantu Malaysia, Kedai Kain Mariam, Butik Raifili World dan Pasaraya Al-Naim ” kata Mohd Nazim ketika ditemui wartawan, di sini

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content