Khidmat Terbaik Selesaikan Isu Perundangan Umat – Raja Muda Perlis

PELAKSANAAN perkhidmatan yang terbaik serta komited dalam menjalankan tugas adalah kunci dalam menyelesaikan isu-isu perundangan dan kehakiman yang dihadapi umat.

Kehakiman syariah yang sentiasa menegakkan prinsip-prinsip keadilan dalam menjalankan kuasa yang diperuntukkan juga bermatlamatkan untuk membantu masyarakat selain menjadi tempat menyelesaikan masalah sama ada kekeluargaan, sosial dan jenayah dalam syarak.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Yang Ke 3 Bagi Tahun 2020 di Kompleks Darul Qada’ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis di Kangar semalam.

Terdahulu keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Yang Amat Arif Tuan Ibrahim Deris, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Yang Arif Tuan Jaidi Ahmad serta warga jabatan berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content