Raja Muda Perlis Ziarah Mangsa Ribut Di Kampung Gonchar

Kangar. 14 Ogos 2020. Mangsa ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini petang semalam menyifatkan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai ‘membawa rahmat’.

Marzuki Hamid, 63 melahirkan rasa syukur apabila kediaman beliau di Kampung Gonchar dekat Kangar yang terjejas ekoran ribut pada kira-kira jam 6.30 petang semalam mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang seperti biasa bertindak pantas tampil menghulurkan bantuan.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs telah berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai MAIPs bagi membaikpulih 5 buah rumah mangsa ribut tersebut sempena program ‘Hijrah Minda MAIPs’ yang diadakan di Masjid Ar Rahim, Kg Titi Tok Bandar, Kangar.

Baginda kemudian turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau sendiri 2 buah rumah mangsa lain yang terletak tidak jauh dari masjid berkenaan.

Turut mengiring ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal, Mohd Nazri Mat Rejab.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris ketika mengulas kejadian ribut yang berlaku semalam berkata, “Setakat ini terdapat 7 buah rumah yang dilaporkan kepada pihak MAIPs dan bantuan sewajarnya telahpun disalurkan.”

Tambah beliau lagi, buat masa ini amil kariah sentiasa membuat pemantauan untuk tindakan segera penyaluran bantuan sekiranya berlaku kejadian sedemikian rupa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content