Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-77 Dibatalkan

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke 77 Dibatalkan

KANGAR, 1 Mei 2020 – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-77 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.

Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis memaklumkan pembatalan itu sebagai mengambil kira penularan wabak COVID-19 yang serius serta usaha-usaha kerajaan untuk menangani dan mengatasinya.

Kenyataan itu menyebut baginda juga menitahkan peruntukan bagi mengadakan perayaan hari keputeraan itu digunakan untuk keperluan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.