Kangar, 29 Mac 2020 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan tambahan inisiatif baharu berupa pengecualian bayaran sewaan rumah, kedai dan bazar untuk tempoh 3 bulan bermula Mac ini kepada semua premis milik MAIPs untuk manfaat golongan sasar.
Inisiatif berkenaan adalah tambahan inisiatif keenam bernilai RM 343,317 yang diperkenankan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs.
Menurut kenyataan media MAIPs hari ini, inisiatif berkenaan adalah usaha MAIPs bagi membantu meringankan beban para peniaga terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdiri daripada usahawan Muslim termasuklah golongan asnaf berdikari dan juga peniaga kecil.
Inisiatif tersebut adalah rancangan pakej awal sebelum penilaian selanjutnya dilaksanakan MAIPs kemudian.
Selain itu, MAIPs turut menghebahkan pemakluman berkaitan kaedah pengambilan ‘Bantuan Khas Rangsangan Asnaf’ melalui amil kariah di seluruh Perlis. Semakan pengambilan berkenaan bagi penerima bantuan ‘Sarahidup Bulanan dan Berkala Tanpa Akaun Bank’ boleh disemak melalui laman sesawang http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/.
Agihan bantuan ini melengkapkan bantuan di bawah inisiatif keempat iaitu ‘Bantuan Khas Rangsangan Asnaf’ seperti yang diumumkan MAIPs pada 24 Mac yang lalu.
Tarikh kemaskini: 4/25/2025