MAIPs terus julang peranan mentransformasi sosio-ekonomi Islam – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
9 JUN 2025

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi komitmen untuk berusaha keras bagi terus menjulang peranannya dalam transformasi sosio-ekonomi Islam di negeri Perlis.

Ia juga adalah selari dengan aspirasi negeri ini dalam memastikan pembangunan yang mampan serta kesejahteraan ummah terus menjadi keutamaan.

MAIPs juga akan sentiasa cuba meneroka pendekatan-pendekatan baharu dalam pentadbiran Islam, termasuk mengadaptasi teknologi digital dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan zakat serta kebajikan Ummah.

Transformasi digital ini bukan sekadar satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan sumber yang lebih baik dari masa kesemasa.

MENGETUAI PROGRAM MAIPs

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli di sekitar Tambun Tulang baru-baru ini.

Kayuhan ini merupakan sebuah gerakan transformasi yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), melibatkan pelbagai pihak demi membantu golongan asnaf di negeri Perlis.

Program ini lahir dari cetusan idea Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengambil pendekatan penuh makna dan menarik, bagi menyalurkan bantuan secara langsung kepada rakyat serta menyaksikan sendiri keadaan sebenar kehidupan mereka.

TIGA KELUARGA ASNAF

Sempena aktiviti pada edisi kali ini, Baginda turut berkenan menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih, iaitu Faizan Hamid, 39 dari Pida 3 Tambun Tulang, Adnan Yaacob, 56 dari Kampung Semut Gatal, dan Salmah Md Abidin, 67 dari Kampung Lahar Jambu.

Setiap mereka menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM700, Kits MAIPs Peduli, serta beras fidyah sebagai tanda keprihatinan MAIPs.

Sempena program tersebut juga baginda berkenan singgah meninjau segala fasiliti di LJ Homestay sebagai tanda sokongan kepada kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang telah disambung selama setahun lagi sehingga penghujung tahun hadapan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content