Raja Muda Perlis Tekankan Kepimpinan Berteraskan Tindakan dan Budi Pekerti

TELUK BAHANG, 14 Ogos 2025 – “Kecemerlangan bukan hanya diukur berdasarkan apa yang kita capai untuk diri sendiri, tetapi juga pada apa yang kita mahu dan mampu sumbangkan untuk orang lain. Jadilah generasi yang membanggakan, bukan setakat pada nama, tetapi pada tindakan dan budi pekerti,” titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bakal diraikan beberapa hari lagi, para pelajar perlu memiliki horizon pemikiran yang luas, matang dan berpandangan jauh agar mampu memimpin bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi melalui teladan serta tindakan nyata.

Titah Baginda lagi, pelajar harus mengukuhkan jati diri supaya tidak hanyut dalam arus yang melemahkan generasi muda, sambil menanamkan semangat cinta akan negeri dan negara.

Ucapan tersebut disampaikan ketika Baginda berkenan menutup Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self-Esteem Development) untuk pelajar terbaik dan pengawas terpilih sekolah menengah Negeri Perlis 2025 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, bersama putera, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Keberangkatan Duli-Duli Tuanku disambut Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Ariffin; Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor; dan CEO Yayasan Bank Rakyat, Noor Aeiza Hassan.

Bengkel tiga hari yang bermula 12 Ogos lalu ini dianjurkan YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Yayasan Bank Rakyat, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan MAIPs, melibatkan 103 pelajar terpilih.

Sepanjang program, peserta mengikuti sesi motivasi, pemahaman Perlembagaan dan pemerintahan negara, penerapan nilai murni, forum kerjaya, peningkatan kualiti kepimpinan dan kerja berkumpulan.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Warisan dan Jalur Gemilang, laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali, serta nyanyian penuh semangat lagu Negaraku.

Raja Muda Perlis menegaskan agar nilai disiplin, kejujuran, hormat-menghormati dan tanggungjawab dijadikan asas dalam setiap tindakan oleh para pelajar.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content