Raja Puan Muda Perlis Semarakkan Patriotisme Bersama Insan Istimewa

KANGAR, 23 Ogos – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Semarak Merdeka Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diraikan di Sadiah Café, Kangar petang tadi.
Majlis anjuran pemilik kafe, Nor Azliana Adzame itu menghimpunkan seramai 40 pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jauhar Jannah dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keistimewaan insan istimewa, di samping menyuburkan semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Dalam acara berkenaan, Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menggunakan teknik capan tapak tangan untuk menghasilkan Jalur Gemilang sebagai simbolik kebersamaan rakyat dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Simbolik itu turut disertai oleh ibu bapa serta para pelatih PDK yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hamper dan cenderahati kepada para pelatih yang disempurnakan sendiri oleh Tuanku Lailatul Shahreen, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan jamuan minum petang.
Penganjuran program ini sekali gus mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan OKU serta usaha bersama menyemarakkan nilai kebangsaan di kalangan rakyat pelbagai lapisan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.