RAJA MUDA PERLIS TITAHKAN KEJUJURAN DAN DISIPLIN ASAS TADBIR URUS BERINTEGRITI

MATA AYER, 30 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah merupakan asas kepada kepercayaan masyarakat serta kelangsungan tadbir urus yang bersih dan telus di setiap peringkat pentadbiran.

Baginda bertitah, pematuhan kepada masa, disertai disiplin kerja yang tinggi dan komitmen penuh terhadap tanggungjawab, turut menjadi lambang profesionalisme sesebuah institusi yang berwibawa.

Titah berkenaan dizahirkan Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di sekitar Oran, Mata Ayer baru-baru ini.

Mengiringi baginda dalam program tersebut ialah anakanda, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Kayuhan Amal Dekati Rakyat
Program kayuhan amal MAIPs Peduli itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan amalan kebajikan, bahkan menjadi usaha berterusan memastikan setiap lapisan masyarakat – khususnya golongan asnaf – tidak terpinggir daripada menerima manfaat zakat di negeri ini.

Ia juga berfungsi sebagai wadah menyemai gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal sambil beramal, selain membuka ruang interaksi secara langsung antara masyarakat setempat dengan Tuanku Raja Muda Perlis.

Sumbangan Kepada Asnaf

Dalam kesempatan itu, baginda turut berkenan menyampaikan bantuan kepada tiga orang asnaf terpilih, iaitu:

Hasliza Hashim, 48, dari Kampung Hutan Lembang
Aishah Ahmad, 92, dari Kampung Hutan Temin
Ahzali Saidin, 56, dari Kampung Oran
Setiap penerima memperoleh bantuan berupa wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi meringankan beban keperluan harian mereka.

Program ini sekali gus memperkukuh peranan MAIPs sebagai institusi yang dekat di hati rakyat, mendukung aspirasi negeri dalam membina masyarakat yang adil, penyayang dan sejahtera.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.