Luminare Hall Rasmi Dibuka, Destinasi Eksklusif Penganjuran Acara

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2025 – Luminare Hall yang terletak di Petaling Jaya Trade Centre, Damansara Perdana, kini rasmi memulakan operasi sebagai sebuah destinasi acara eksklusif, sekali gus menawarkan ruang elegan bagi penganjuran pelbagai majlis istimewa.

Majlis Soft Launch Luminare Hall telah disempurnakan dengan keberangkatan puteri-puteri Raja Muda Perlis, Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Ketibaan mereka disambut Pengerusi Luminare Hall, Datuk Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya.

Acara turut diserikan dengan penganjuran pameran “Wedding Affair” yang menghimpunkan vendor-vendor perkahwinan terkemuka merangkumi fesyen, perancang acara, dekorasi, katering serta perkhidmatan sokongan lain.

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Syed Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk ahli keluarga, rakan kerjasama dan para vendor yang telah memberikan sokongan padu.

“Kejayaan acara ini tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi pasukan pengurusan serta sokongan vendor yang bersama-sama menjayakan penganjuran ini,” katanya.

Sebagai pusat acara bertaraf premium, Luminare Hall menawarkan pakej lengkap termasuk dewan eksklusif, dekorasi menawan, katering berkualiti, sistem audio profesional, jurusolek berpengalaman, pengacara majlis serta penyelaras acara bagi memastikan kelancaran penganjuran.

Ruang utama dewan yang elegan mampu menampung sehingga 700 tetamu, dilengkapi 25 meja, 250 kerusi Chiavari emas, bilik eksklusif untuk keluarga dan tetamu kenamaan (VVIP), serta bilik persiapan dan solekan khas untuk pasangan pengantin.

“Wedding Affair” juga memberi peluang kepada bakal pengantin untuk mendapatkan inspirasi, menempah pakej eksklusif serta menikmati tawaran istimewa yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan perkahwinan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.