Program Seeds of Knowledge Dirasmikan Anakanda Puteri Sulung Raja Muda Perlis

11 September 2025 | Kangar

‘Program Seeds of Knowledge’ membuka tirai dengan penuh keberkatan hari ini melalui majlis ilmu bertemakan “Misi Membawa Keluarga ke Syurga” yang menampilkan penceramah bebas dan personaliti dakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Majlis bersejarah ini diinisiasi oleh Anakanda Puteri Sulung Tuanku Raja Muda Perlis, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, yang turut berkenan berangkat menyempurnakan perasmiannya.

Bertempat di Dewan Warisan, Kangar, program yang bermula jam 8 pagi itu dihadiri lebih 800 peserta dan dianjurkan dengan kerjasama Hidayah Center Foundation, IKRAM dan Agensi Agama Islam Perlis, disokong pula oleh pelbagai rakan strategik termasuk Rass d’Sign & Event, Mokti’s, Bubbles02, Wardah, Richiamo Coffee, Good Virtues Co., Ingrace Floral & Event, Hannah Cookies, De’Xandra, Nayumi, dan Fuze Organic Restore Beauty.

Pengisian Ilmiah
Antara pengisian menarik ialah:

Perkongsian mengenai Pembangunan Perkampungan Al-Hijrah.

Ceramah utama Ustazah Asma’ Harun bertajuk “Misi Membawa Keluarga ke Syurga” diikuti sesi soal jawab interaktif.

Slot santai bersama Pegawai Perubatan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, Dr. Adibah Abdul Halim mengenai “Kepentingan Menjaga Kesihatan dalam Menjamin Keluarga Sakinah till Jannah”.

Tayangan video khas Next Talk bersama pendakwah terkenal, Ustaz Mizi Wahid.

Ustazah Asma’ Harun: Latar Belakang
Sejak aktif berdakwah pada 2010, Ustazah Asma’ dikenali dengan kepetahan, ketegasan serta keprihatinan terhadap isu kekeluargaan Islam. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di JAKIM serta Penolong Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), khusus dalam bidang Undang-Undang Keluarga Islam.

Harapan Program
Dengan gabungan pengisian rohani dan jasmani, Seeds of Knowledge diharap menjadi permulaan kepada siri ilmu yang berterusan bagi menyemai kefahaman, membina keluarga sejahtera serta melahirkan masyarakat berdaya saing, berakhlak mulia dan berpaksikan nilai Islam.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content