Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya bersama Jawatankuasa Kariah, JPKKP serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun ke lokasi selepas dimaklumkan kejadian itu.
“Pasukan kami sedang mendapatkan maklumat lanjut dan membuat penilaian kerosakan bagi setiap rumah yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, bantuan susulan bagi membaiki kediaman mangsa sedang diselaraskan bersama JKM selepas laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.