UniMAP Menang Anugerah TVET MQA 2025, Jadi Pemangkin Kejayaan Masa Depan

BANDUNG, Indonesia, 17 Sept (Bernama) – Kejayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memenangi Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) TVET kategori Universiti dan Kolej Universiti di Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025 baru-baru ini hendaklah dijadikan sebagai pemangkin untuk mencapai lebih banyak pencapaian membanggakan pada masa hadapan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah anugerah berprestij itu mengiktiraf keupayaan UniMAP dalam memanfaatkan teknologi pendidikan terkini, menawarkan program TVET pelbagai disiplin yang memenuhi keperluan pasaran, serta menjalin kolaborasi strategik bersama industri.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis “Kurma Daging Perlis” yang diadakan di Hotel ibis Style Bandung, Indonesia, baru-baru ini.

Program tersebut dijayakan dengan kerjasama UniMAP, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel bagi menyokong kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, yang bersama delegasi International Leadership Mobility 2025 UniMAP. Ketibaan baginda berdua disambut Pengurus Makanan dan Minuman Hotel ibis Style, Ricky Firmansach.

Hotel bertaraf empat bintang itu telah beroperasi sejak 2021 dan menjadi rakan strategik dalam mempromosikan hidangan tradisi Perlis kepada masyarakat antarabangsa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content