UniMAP Diseru Perkukuh Kerjasama Akademik Dengan Indonesia

AKARTA, 19 Sept (Bernama) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diseru untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan institusi luar negara, khususnya di Indonesia, dalam aspek pembangunan kurikulum yang berfokus kepada pendidikan, teknologi, keusahawanan dan kepimpinan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Canselor UniMAP bertitah Malaysia dan Indonesia bukan sahaja berjiran, malah berkongsi akar budaya, bahasa serta nilai serumpun yang kukuh.

“Pendidikan bukan sekadar tentang akademik, tetapi juga membina kefahaman budaya. Dunia kini berdepan cabaran global seperti perubahan iklim, digitalisasi serta pembangunan lestari. Saya melihat UniMAP mempunyai kekuatan tersendiri untuk berganding bahu dengan universiti luar dalam penyelidikan, inovasi hijau dan pendidikan berasaskan teknologi yang memberi impak kepada masyarakat serantau,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa berangkat ke lawatan rasmi ke Universitas Negeri Jakarta (UNJ) sempena International Leadership Mobility 2025.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, kehadiran ke UNJ yang tersohor dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta pembangunan sumber manusia amat bermakna dalam usaha memperkukuh ikatan akademik dan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.

“UniMAP sebagai universiti teknikal membawa amanah untuk menjalin kerjasama antarabangsa demi melahirkan generasi pelajar yang mampu bersaing di peringkat dunia.

Kehadiran saya dan rombongan UniMAP ke kampus ini membawa maksud lebih besar daripada sekadar kunjungan, tetapi usaha memperkukuh silaturrahim serta kerjasama strategik antara dua institusi pendidikan tinggi dari dua negara serumpun,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan bahawa Malaysia, khususnya negeri Perlis, amat menantikan sebarang bentuk kerjasama yang dapat membuka lebih banyak ruang untuk anak muda berinteraksi, berkongsi ilmu dan menyemai kepimpinan.

“UniMAP sentiasa komited menjadi jambatan penghubung ilmu, teknologi dan budaya di rantau ini,” titah baginda lagi.

— BERNAMA

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.