Perkukuh struktur tadbir urus untuk tingkat kecekapan organisasi – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
25 SEPT. 2025

Marilah kita semua di negeri Perlis bersama-sama memperkukuh struktur tadbir urus, memperkemas sistem pemantauan dan pengurusan risiko, serta memperkasa mekanisme semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.

Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan organisasi, bahkan mampu mendukung matlamat strategik jangka panjang masing-masing.

Adalah diyakini, dengan semangat kekitaan, berpasukan dan kepimpinan yang berpandangan jauh, semua peringkat di negeri Perlis mampu membawa organisasi masing-masing baik awam maupun swasta, baik besar maupun kecil ke tahap yang lebih tinggi, lebih dihormati, disegani dan diyakini oleh seluruh lapisan masyarakat.

MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian Sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Al-Rashid, Kubang Perun, Chuping baru-baru ini.

Sempena program tersebut, baginda berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM105,000 yang diagihkan kepada seramai 150 orang penerima.

Asnaf yang terpilih terdiri daripada 75 orang anak kariah Kubang Perun dan 75 orang lagi daripada anak kariah Panggas.

Setiap penerima bukan sahaja menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 seorang, malah turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma serta menghadiri ceramah motivasi anjuran MAIPs bertajuk “Bangun Jiwa Asnaf”. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content