Raja Muda Perlis santuni anak yatim dan pelajar memerlukan di Indonesia

MEDAN, 29 September -Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyantuni penghuni di Yayasan Penyantunan Anak Yatim Piatu Aceh Sepakat Darul Aitam di Kelurahan Sukaramai I, Kota Medan, Indonesia.

Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan MAIPs berjumlah RM5,000 untuk diagihkan kepada 50 orang anak yatim, serta RM2,500 kepada 25 pelajar dari Universitas Deztron Indonesia (UDI) dalam kalangan keluarga yang memerlukan.

Ketua Yayasan, Mohd Lidan menzahirkan rasa syukur atas perhatian dan sokongan yang diberikan dan menegaskan bahawa bantuan yang disalurkan menjadi suntikan semangat kepada anak-anak asuhan untuk terus beribadah, menimba ilmu dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

Yayasan berkenaan berperanan penting dalam memastikan anak-anak yatim mendapat akses pendidikan formal sehingga ke peringkat menengah, dengan matlamat melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia yang kelak mampu menyumbang kepada bangsa dan negara.

Selain itu, yayasan tersebut juga komited memberikan perlindungan serta perhatian bukan sahaja kepada anak yatim, tetapi turut merangkumi anak-anak terlantar di Kota Medan.

Yayasan tersebut turut menerima sumbangan Fi Sabilillah MAIPs berjumlah RM2,000 yang disempurnakan sendiri penyerahan oleh baginda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.