Tingkat Akauntabiliti, Elak Salah Guna Kuasa – Raja Muda Perlis

8Oktober 2025 | Beseri

Setiap individu yang diberi amanah wajib bertanggungjawab atas segala tindakan serta keputusan yang dibuat, dan pada masa sama bersedia untuk diaudit serta dinilai secara adil dan telus.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah bahawa proses pentadbiran yang baik perlu dilaksanakan secara terbuka dan mudah diakses oleh semua pihak berkepentingan bagi memperkukuh kepercayaan rakyat serta mengelakkan sebarang bentuk salah guna kuasa.

“Segala tindakan organisasi hendaklah berlandaskan undang-undang, dasar serta prosedur yang ditetapkan. Ketaatan terhadap sistem ini menjadi asas kepada kecekapan dan keberkesanan pentadbiran,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ghoffur, Padang Lati, Beseri, baru-baru ini.

Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena program berkenaan, baginda berdua berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM105,000 kepada 150 penerima, melibatkan 75 orang anak kariah Padang Lati dan 75 orang anak kariah Bukit Keteri.

Setiap penerima menerima bantuan tunai sebanyak RM700 seorang, selain turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma serta menghadiri ceramah motivasi bertajuk “Bangun Jiwa Asnaf” yang dianjurkan oleh MAIPs.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.