Raja Perempuan Perlis Berkenan Hadiri Majlis Hi-Tea BAKAT Rejimen Renjer Diraja

4 Oktober 2025 | Kuala Lumpur

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, berkenan berangkat menghadiri Majlis Hi-Tea anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang berlangsung di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Datin Haslinda Mohd Ali, serta Pengerusi-Pengerusi BAKAT Pasukan RRD.

Seramai 150 warga BAKAT, terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Renjer Diraja, turut memeriahkan majlis berkenaan.

Penganjuran majlis tersebut bukan sahaja menjadi wadah mempererat silaturahim dalam kalangan ahli BAKAT, malah berperanan sebagai platform memperkukuh komitmen mereka dalam menyokong kesejahteraan keluarga anggota serta memperhebatkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah naungan Rejimen Renjer Diraja.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.