Biar teknologi jadi pemangkin kemuliaan insan bukan pengganti fitrah manusia – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
25 OKT. 2025

Biarlah teknologi menjadi pemangkin kemuliaan insan, bukan pengganti kepada fitrah manusia.

Inovasi yang benar-benar bermakna ialah yang memperkasa, memelihara dan memanusiakan kehidupan.

Setiap ciptaan dan idea baharu sama ada lahir dari universiti mahupun industri hendaklah tidak terpisah daripada tanggungjawab sosial dan kesejahteraan rakyat.

PROGRAM HIJRAH MINDA

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Warisnya yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, dan disambut oleh para pegawai MAIPs.

Menurut Tuanku Raja Muda, kemajuan negeri dan negara bergantung kepada kerjasama erat antara semua pihak termasuk universiti, industri dan komuniti.

KEPAKARAN DAN PELUANG

Universiti menyumbang ilmu dan penyelidikan, industri menawarkan kepakaran dan peluang, manakala komuniti menjadi penerima manfaat yang turut menyumbang perspektif dan keperluan sebenar rakyat.

Sinergi ini selari dengan pendekatan “whole-of-government, whole-of-society” (WOGOS), yang menekankan pentingnya kerjasama menyeluruh antara semua pihak bagi memastikan dasar dilaksanakan dengan berkesan dan kesejahteraan negeri dan negara dapat dicapai secara menyeluruh dan inklusif.

MENYEMPURNAKAN AGIHAN ZAKAT

Sempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan agihan zakat MAIPs kepada 45 orang asnaf terpilih daripada Anak Kariah Padang Besar Selatan, Al-Hussain, dan Tok Kaya Tanjong Gelam.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM700, menjadikan jumlah keseluruhan agihan mencecah RM31,500 pada majlis berkenaan.

Program berimpak sosial tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPs di bawah naungan Tuanku Raja Muda Perlis dalam menyantuni golongan memerlukan, memperkukuh nilai-nilai murni, serta memelihara kesejahteraan ummah di negeri Perlis. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.