Oleh: Sholina Osman
4 NOV. 2025
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Kangar.
Baginda diiring oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Turut hadir isteri Wan Ahmad Farid, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab.
Wan Ahmad Farid yang lahir pada 13 November 1962 dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 berkuatkuasa 18 Julai 2025 bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib. – JM