Raja Muda: Ilmu Teras Pembentukan Masyarakat Berdaya Maju

Ilmu Teras Pembentukan Masyarakat Berdaya Maju

November 2025 | Kangar
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa Perlis sentiasa menitikberatkan kepentingan ilmu sebagai asas dalam membentuk masyarakat yang bijak, berdaya saing dan berakhlak.

Baginda bertitah bahawa penyampaian ilmu agama merupakan amanah besar yang perlu dipikul para guru, menuntut kesungguhan mereka memperkukuh penguasaan pengetahuan dalam disiplin teras Islam seperti tafsir, hadis, fekah, usul fiqh dan sirah.

“Setiap pemegang tauliah mengajar agama Islam wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Ini penting bagi memastikan penyebaran ilmu berlaku secara teratur dan berasaskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan perasmian Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar.

Majlis anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) itu bertujuan memperkukuh peranan dan kualiti penyampaian ilmu agama di negeri berkenaan.

Terdahulu, simposium dimulakan dengan pembentangan ilmiah bertajuk
“Kaedah Penyampaian Berkesan Dalam Pengajaran Agama Islam di Negeri Perlis”
oleh Ustaz Mohd Rizal Azizan, Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan melancarkan buku terbaharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis serta program Perlis International Sunnah Convention 2026, yang bakal menjadi platform wacana ilmiah bertaraf antarabangsa.

Baginda kemudiannya menyempurnakan penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis sebagai pengiktirafan rasmi kepada asatizah yang layak dan berwibawa dalam menyampaikan ilmu serta menyebarkan dakwah di Perlis.

Penganjuran simposium ini diharap memperkukuh kefahaman agama di samping mengiktiraf sumbangan guru agama dalam membentuk masyarakat berilmu, berakhlak dan berpaksikan ajaran sunnah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.