Raja Muda Perlis Seru Rakyat Sokong Agenda ‘Perlis Sihat Sejahtera’

6nov

6 November 2025.
Kangar, Bersama-samalah menyokong agenda kesihatan dalam mencapai matlamat Perlis Sihat Sejahtera. Sihat itu milik semua.

Kesihatan diri sendiri serta ahli keluarga tersayang mestilah dijaga dengan sebaiknya untuk kekal sihat sepanjang hayat. Kesihatan adalah aset yang sangat bernilai yang dianugerahkan Allah kepada kita semua.

Seluruh umat Negeri Perlis diseru supaya sentiasa meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat, dan mengelakkan tabiat merokok serta sebarang bahan terlarang. Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, ikuti nasihat profesional kesihatan, dan patuhi rawatan yang disarankan, agar status kesihatan berada di tahap yang baik.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail,” selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Sumbangan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong, Kangar baru-baru ini.

Sempena majlis tersebut, baginda berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang penerima, terdiri daripada 15 orang asnaf dari kalangan anak kariah Wang Ulu dan 15 lagi dari Wang Bintong.

Terdahulu daripada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan bantuan kepada tiga orang asnaf terpilih, iaitu Karim Omar, 76 tahun dari Kampung Panggau, Minat Mat Din, 79 tahun dari PPRT Tok Kuning, dan Chah Hamid, 79 tahun dari Kampung Tebing Tinggi.

Mereka masing-masing menerima bantuan wang tunai RM700, kit MAIPs Peduli, serta beras fidyah sebagai tanda keprihatinan MAIPs terhadap kebajikan golongan asnaf di negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.