Raja Perlis Terima Menghadap Delegasi Persidangan MIN dan MIA 2025

Raja Perlis Terima Menghadap Delegasi Persidangan MIN dan MIA 2025

17 November 2025.
Kangar.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, berkenan berangkat menerima menghadap delegasi Persidangan Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga dan Majlis Ilmuwan Afrika (MIA) 2025 di Dewan 2020, Kangar baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mewakili delegasi MIN dan MIA, Prof. Dr. H. Syamsul Anwar dari Indonesia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkenan Duli-Duli Tuanku menerima sembah mengadap hormat para deligasi. Beliau turut menyampaikan bahawa Perlis dan Malaysia merupakan destinasi yang indah, damai dan menyenangkan untuk dikunjungi.

Persidangan MIN Kali Ketiga dan MIA 2025 dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Program ilmiah ini berlangsung selama tiga hari, melibatkan Persidangan Ilmuwan Nusantara (MIN) selama dua hari pada 12 hingga 13 November 2025, sebelum disusuli Persidangan Ilmuwan Nusantara–Afrika (MIA) pada 14 November 2025.

Penganjuran persidangan ini bertujuan memperkukuh semangat ta‘awun (kerjasama) dalam usaha dakwah, di samping menyediakan platform perbincangan, pertukaran pandangan dan ilmu antara para ilmuwan Islam dari rantau Nusantara dan Afrika.

Ia turut berperanan mengukuhkan jaringan strategik antara institusi keagamaan kedua-dua rantau bagi memperluas hubungan ilmiah dan dakwah di peringkat antarabangsa.

Hasil persidangan MIN Kali Ketiga dan MIA 2025 telah merumuskan tujuh resolusi utama, meliputi ‘Asas Umum Diplomasi dan Kerjasama’ ‘Batasan dan Garis Panduan Umum’, ‘Kerjasama dengan Pihak Berbeza Agama serta Firqah atau Aliran yang Menyimpang’, Pendekatan Damai dan Kerjasama dengan Pemerintah’, ‘Kerjasama Sesama Umat Islam dalam Perkara-Perkara Furu’, ‘Etika Ilmiah dalam Diplomasi Dakwah’, serta ‘Memanfaatkan Ruang dan Peluang’ bagi memperkasa agenda dakwah serantau dan antarabangsa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.