DTP LeADS MANTAPKAN PERSIAPAN AKHIR 300 CALON SPM PERLIS

DTP LeADS MANTAPKAN PERSIAPAN AKHIR 300 CALON SPM PERLIS

KANGAR, 16 November 2025 – Seramai 300 pelajar Tingkatan 5 daripada sembilan sekolah fokus DTP di seluruh negeri Perlis menyertai Program DTP LeADS: Rise to Success SPM 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) sebagai usaha memperkukuh persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Program intensif ini memberi tumpuan kepada murid near miss bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dengan fokus meningkatkan penguasaan teknik menjawab, pemahaman konsep dan keyakinan diri menjelang peperiksaan.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, yang berkenan menyantuni para peserta dalam sesi ramah mesra.

Sebagai simbol sokongan dan dorongan, Baginda turut berkenan mengurniakan set alat tulis SPM kepada semua murid fokus, sekali gus menyuntik semangat serta motivasi mereka.

Program berstruktur ini menampilkan sesi Strategi Menjawab Bahasa Melayu oleh Cikgu Hayati Ahmat (SMK Sanglang) dan Cikgu Maliza Mochtar (SM Agama Al-Islahiyah), kedua-duanya Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Perlis. Sementara itu, perkongsian Sejarah disampaikan oleh Puan Suraya Abdul Rahim, SISC+ Sejarah, yang menekankan pemahaman konsep serta kemahiran berfikir aras tinggi.

Sesi motivasi “Rise to Success” oleh Encik Muhammad Zulfaqar Mazlan, Penolong Pengarah (Kaunselor), turut memberi penekanan kepada aspek mental, fokus diri dan pengurusan tekanan bagi menghadapi cabaran peperiksaan.

Program ini turut menerima sokongan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), NGO Cinta Bangsa, serta kerjasama erat sembilan sekolah fokus DTP. Usaha komprehensif ini diharap mampu meningkatkan pencapaian calon SPM Negeri Perlis bagi tahun 2025.

“There’s Still Hope, There’s Still Time.”

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.