Raja Perlis Terima Mengadap Delegasi Muhammadiyah, Bincang Kerjasama Pendidikan Serantau

Raja Perlis Terima Mengadap Delegasi Muhammadiyah, Bincang Kerjasama Pendidikan Serantau

8 November 2025.
Pulau Pinang.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, berkenan berangkat menerima mengadap hormat Delegasi Muhammadiyah yang diketuai oleh Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Prof. Dr. H. Haedar Nashir.

Majlis mengadap ini diadakan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik antara Muhammadiyah dengan negeri Perlis khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan masyarakat antara universiti-universiti di bawah Muhammadiyah dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

Perbincangan juga menekankan kepentingan pertukaran ilmu, pengalaman, serta amalan terbaik dalam memperkukuh hubungan dua hala, selaras dengan matlamat meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan insan di peringkat serantau.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.