RM10.8 Juta Dilulus, Kerja Baik Pulih Cerun Kaki Bukit Bermula Januari 2026

77080

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10.8 juta pada 1 Disember 2025 lalu, bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih cerun runtuh di beberapa lokasi sepanjang Laluan FT226 Jalan Kaki Bukit–Wang Kelian serta Jalan Pagar Keselamatan Bukit Kuan Choh.

Kerja awalan dijangka dimulakan dalam masa terdekat, manakala kerja pembaikan utama dijadualkan bermula pada Januari 2026. Tempoh keseluruhan pembaikan dianggarkan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan, bergantung kepada keadaan cuaca dan tahap kerosakan.

Pelaksanaan kerja baik pulih akan melibatkan beberapa kaedah teknik cerun seperti ‘Tie Back Wall’, ‘Soil Nailing’, ‘ECM’ dan ‘Hydromulching’, ‘Soil Nailing’, ‘ECM’ dan ‘Rockfall Netting’. Pendekatan teknikal ini dipilih bagi memastikan kestabilan cerun dalam jangka panjang sekaligus meningkatkan keselamatan laluan kepada pengguna.

Kenyataan ini dipersembah maklumkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Ir. Norikhwan Haji Abu Seman, ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dalam satu seai lawatan ke lokasi kejadian tanah runtuh di Wang Kelian, Kaki Bukit.

Tambah Norikhwan, ‘Laluan FT226 Jalan Kaki Bukit–Wang Kelian masih ditutup kepada orang awam, namun pergerakan kenderaan secara berjadual dibenarkan bagi kenderaan tidak melebihi 3 tan. Dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, laluan ini dibuka secara terhad kepada penduduk setempat, kenderaan yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan, serta pelancong atau individu yang ingin mengambil kenderaan yang terkandas’.

Manakala dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi, pergerakan dihadkan kepada penduduk kampung, pasukan pembaikan dan urusan kecemasan sahaja.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menasihatkan para pengguna jalan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan masing-masing supaya dapat memininakan risiko sehingga semua kerja-kerja pembaikan selesai dan kembali berfungsi seperti biasa kelak.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.