Oleh: Sholina Osman
Foto: FB Rasmi PDRM
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menerima sembah mengadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Perlis, Kuala Lumpur semalam.
Sembah mengadap itu diadakan bersempena Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Bagi Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pada majlis tersebut, Mohd Khalid yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi lima buah motosikal model BMW R1250 RT kepada Baginda di Anjung Istana,” kata PDRM dalam perkongsian di FB Rasmi PDRM.
BERSAMA DELEGASI
PDRM
Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis kemudiannya berkenan berangkat ke Bilik Mengadap Istana diiringi Mohd Khalid bersama delegasi PDRM sebelum majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata serta bergambar.
Turut hadir, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Abd Rahman Kassim dan Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superitendan Asisten Komisioner Zulkifli Abu Bakar. – JM
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia