BANGKOK – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berada di Bangkok sempena Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025 berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sekretariat Kontinjen Malaysia di The Grand Fourwings Convention Hotel, Bang Kapi, di sini, Khamis.
Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan Baginda berdua disambut Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah OLY; Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nasir Ali serta warga kerja Majlis Olimpik Malaysia.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbang Tara Sukan SEA Thailand, Datuk M. Rajasekaran.
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi MOM, pihak Majlis Olimpik Malaysia merakamkan penghargaan atas keberangkatan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang memberi dorongan serta sokongan moral kepada seluruh anggota Kontinjen Malaysia yang bertanding dalam Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berada di Bangkok sempena Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025 berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sekretariat Kontinjen Malaysia di The Grand Fourwings Convention Hotel, Bang Kapi, di sini, Khamis.
Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan Baginda berdua disambut Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah OLY; Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nasir Ali serta warga kerja Majlis Olimpik Malaysia.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbang Tara Sukan SEA Thailand, Datuk M. Rajasekaran.
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi MOM, pihak Majlis Olimpik Malaysia merakamkan penghargaan atas keberangkatan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang memberi dorongan serta sokongan moral kepada seluruh anggota Kontinjen Malaysia yang bertanding dalam Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025.
Pada Rabu, Baginda berdua bersama anakanda puteri turut berkenan menyaksikan atlet negara beraksi dalam acara ping pong di Central Westgate, Nonthaburi; acara lumba basikal di Velodrom Hua Mark yang menyaksikan Malaysia meraih pingat emas; serta perlawanan akhir bola keranjang wanita di Stadium Nimibutr.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap penyertaan dalam Sukan SEA dapat dijadikan batu loncatan oleh atlet negara untuk melangkah ke kejohanan lebih besar termasuk Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seterusnya ke pentas Olimpik.