Lantikan MB baharu Perlis diharap hentikan segala spekulasi – Raja Perlis

Lantikan MB baharu Perlis diharap hentikan segala spekulasi – Raja Perlis

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Istana Arau
28 DIS. 2025

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah dengan pelantikan Menteri Besar yang baharu diharap dengan timbulnya pelbagai spekulasi, tohmahan, tuduhan dan kata-kata yang tidak diingini sebelum ini dapat dihentikan.

Baginda bertitah ia untuk kebaikan semua kerana apa yang penting untuk memajukan negeri ini untuk masa depan.

“Bukan mudah untuk saya melantik
Menteri Besar baharu kerana belum pernah berlaku peletakan jawatan atas faktor kesihatan setelah tiga tahun berkhidmat,” titah Baginda pada majlis Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Bilik Hijau, Istana Arau petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-9 menggantikan Mohd Shukri Ramli meletak jawatan pada 25 Disember lalu.

DENGAN KESEMUA ADUN

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah semasa mengadakan pertemuan
dengan kesemua ADUN ini, mereka telah menyatakan persetujuan untuk menerima keputusan dibuat oleh Baginda.

Baginda bertitah keputusan yang dibuat di atas pelantikan ini juga bukan atas sebab parti PAS atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya lihat dua parti ini dibawah Pakatan Nasional (PN) di mana perlu bersatu untuk rakyat, ” titah Baginda.

Titah Baginda betulkan semula apa yang silap atas prinsip bendera yang sama demi untuk kebaikan rakyat. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.