Karnival MADANI beri manfaat, impak berpanjangan kepada komuniti – Raja Muda Perlis

Karnival MADANI beri manfaat, impak berpanjangan kepada komuniti – Raja Muda Perlis

Wartawan JM
20 JAN 2026

Penganjuran Karnival MADANI telah memberikan manfaat yang menyeluruh dan impak berpanjangan kepada komuniti setempat, serta mengukuhkan hubungan antara semua pihak yang terlibat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif ini menyediakan ruang pertemuan terbuka dan mesra untuk interaksi serta bertukar pandangan antara agensi pelaksana dan masyarakat setempat.

Peluang tersebut wajar dimanfaatkan secara optimum melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukan rakyat supaya hubungan antara generasi dapat dieratkan, di samping menyemai nilai kerjasama, semangat kekitaan serta sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Titah Baginda, masyarakat digalakkan agar menggunakan peluang yang disediakan untuk membentuk amalan hidup sihat dan aktif khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

DALAM AKTIVITI FIZIKAL

“Penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan, selain membina disiplin diri, kesedaran terhadap keseimbangan hidup serta kepentingan penjagaan kesejahteraan sejak peringkat awal”, titah Baginda.

Demikian titah Baginda sempena Majlis Penutupan Karnival MADANI: Menyemai Kasih, Menyantuni Komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan, Ahad lalu.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Suriani Ahmad.

KAMPUNG ANGKAT MADANI

Pengiktirafan Kampung Santan Selatan sebagai Kampung Angkat Madani dan Sekolah Kebangsaan Santan sebagai Sekolah Angkat MADANI yang merupakan peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh semua pihak.

Sokongan serta kemudahan yang disalurkan perlu digunakan dengan berkesan bagi mengukuhkan pembangunan komuniti dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.