IJN Catch ’Em Young Perkukuh Kesediaan Kesihatan Sekolah, Inspirasi Kerjaya

IJN Youth

KANGAR, Perlis: Institut Jantung Negara (IJN) meneruskan komitmennya dalam memupuk kesedaran kesihatan sejak usia muda menerusi inisiatif Catch ’Em Young (Pupuk Awal Muda) di Sekolah Kebangsaan Santan (SK Santan) pada 17 dan 18 Januari lalu.

Program itu memanfaatkan kira-kira 700 peserta daripada komuniti setempat, termasuk keluarga asnaf menerusi saringan kesihatan asas melibatkan pengukuran indeks jisim badan (BMI), pemeriksaan kolesterol dan paras glukosa darah.

Pemeriksaan lanjutan seperti elektrokardiogram (ECG) dan ekokardiogram turut dijalankan bagi kes yang memerlukan sekali gus menyokong pengesanan awal serta amalan penjagaan kesihatan pencegahan.
Antara tumpuan programnya ialah penaiktarafan bilik sakit SK Santan yang dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Di bawah inisiatif Catch ’Em Young, bilik sakit tersebut kini menyediakan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan lengkap bagi memenuhi keperluan rawatan pelajar sepanjang waktu persekolahan.
Penaiktarafan itu turut menekankan aspek kelestarian dengan penggunaan barangan kitar semula yang masih elok serta pemasangan lampu LED cekap tenaga, selari usaha mewujudkan kemudahan kesihatan sekolah yang praktikal dan mesra alam.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pelajar dan komuniti setempat antaranya pertandingan mewarna, Klinik Berhenti Merokok untuk dewasa serta pertandingan memasak sihat bagi kehidupan harian kendalian pakar diet IJN dengan kerjasama Adabi.

Dalam menyemai minat generasi muda terhadap bidang perubatan dan kesihatan, segmen Laluan Kerjaya turut diperkenalkan yang memberi pendedahan awal kepada murid mengenai pelbagai kerjayanya.

Program ini turut disokong oleh inisiatif IJN Kebunz @ SK Santan yang memupuk amalan hidup sihat, kelestarian dan kesedaran alam sekitar melalui aktiviti berkonsepkan pembelajaran secara praktikal.
IJN University College (IJNUC) turut mengambil bahagian dengan berkongsi maklumat berkaitan program akademik dan laluan pendidikan dalam bidang penjagaan kesihatan.

IJN First Pharmacy menyediakan khidmat konsultasi asas serta penerangan mengenai penggunaan suplemen kesihatan kepada masyarakat setempat.

Program itu turut menyaksikan satu insiden kecemasan perubatan membabitkan seorang peserta komuniti yang berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan perubatan IJN dalam tempoh 20 minit.

Kejadian tersebut membuktikan kepentingan pengesanan awal, tahap kesiapsiagaan dan tindak balas segera dalam menyelamatkan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof. Datuk Seri Mohamed Ezani Md Taib berkata, IJN percaya kesedaran kesihatan perlu diterapkan sejak muda bagi melahirkan masyarakat yang lebih peka dan bersedia menghadapi situasi kecemasan.
“Melalui inisiatif Catch ’Em Young, kami mendidik pelajar mengenai kepentingan kesihatan malah membantu sekolah dan komuniti meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi perubatan dan kecemasan,” katanya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.